ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Music
26 Apr 2024 • 1:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Semakin hari semakin menular lagu ini walaupun musim raya sudah hampir ke penghujungnya.

Terbaharu, kumpulan k-pop popular, ONEUS pula beraksi lincah terikut trend lagu Alamak Raya Lagi, dendangan De Fam. Comel sahaja apabila tiga anggota ONEUS menari ikut rentak lagu tersebut. 

Rata-rata di aplikasi TikTok, TO MOON (gelaran peminat kumpulan ini) terhibur dengan aksi anggota ONEUS. Ini bukti mereka tidak ketinggalan mengambil tahu trend yang sedang sohor di negara yang bakal disinggahi untuk konsert. 

@rbw_oneus ONEUS is coming to Kuala Lumpur on 4 May 2024 at Zepp KL to begins the Debut Malaysia Concert, see you TOMOONs. Ticket available at BookMyShow, KLOOK, MoveTix. #원어스 #ONEUS #SembangEntertainment #Oneus2nd #OneusinMY #alamakrayalagichallenge ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM - De Fam

Alamak! Adakah ONEUS akan mempamerkan aksi comel ini sewaktu menjayakan 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita' in Kuala Lumpur pada 4 Mei, jam 6 petang di Zepp Kuala Lumpur nanti?

image is not available

Kalau nak tahu jawapannya, sama-sama kita tunggu kehadiran mereka dan dapatkan tiket ke konsert mereka cepat-cepat! - Getaran, 26 April 2024