Onew SHINee Bakal Adakan Konsert Jelajah ‘2024 ONEW FAN MEETING ‘ Di Malaysia Julai Ini

Music
2 May 2024 • 1:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Onew SHINee akan mengadakan konsert jelajah Asia tak lama lagi!

Pada 29 April, Griffin Entertainment telah mengumumkan konsert jelajah solo Onew SHINee iaitu “2024 ONEW FAN MEETING <GUESS!>”.

Konsert itu akan diadakan di 11 buah bandar terkenal di sekitar Asia termasuk Seoul, Osaka, Manila dan Kuala Lumpur bermula dari Mei sehingga Julai 2024.

Tidak ketinggalan, konsert ini juga akan menjadi konsert pertama yang dilakukan oleh ahli SHINee di Kuala Lumpur.

Buat peminat di Malaysia, “2024 ONEW FAN MEETING <GUESS!>” akan diadakan pada 27 Julai ini dan sebarang maklumat mengenai lokasi serta pembelian tiket akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Shawol (kelab peminat SHINee) di Malaysia dah bersedia ke nak jumpa Onew?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.