Ookla Mengatakan Yes Merupakan Penyedia Rangkaian Mudah-Alih Terpantas Di Malaysia

TechnologyDigital
2 Mar 2023 • 4:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ookla kini dilihat mengiktiraf Yes sebagai penyedia rangkaian mudah-alih terpantas di Malaysia bagi tempoh suku ketiga hingga suku keempat 2022 lepas.

Ia dikatakan pemilihan ini dilakukan melalui analisis data Ookla, memperlihatkan Yes menerima skor sebanyak 84.53. Ini sekaligus memperlihatkan Yes mencatatkan kelajuan muat-turun tertinggi mencapai 569.9Mbps, selain muat-naik mencapai 65.58Mbps.

image is not available

Yes sebelum ini menjadi antara terawal bekerjasama dengan DNB dan menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna mereka. Ini sekaligus membolehkan mereka menawarkan kelajuan lebih tinggi berbanding penyedia perkhidmatan lain.

Kini, dengan lebih ramai penyedia menggunakan infrastruktur DNB, ia akan menjadi agak menarik untuk melihat siapakah yang akan menerajui carta berkenaan pada suku pertama dan kedua 2023 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved