Ookla Yang Mengendalikan Speedtest dan Downdetector Dijual Kepada Accenture

TechnologyBusiness & Finance
4 Mar 2026 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Accenture membeli Ookla, syarikat di sebalik Speedtest, Downdetector, RootMetrics dan Ekahau daripada Ziff Davis dengan bayaran $1.2 bilion secara tunai. Teknologi yang dimiliki oleh Ookla akan digunakan Accenture bagi menyokong analitik rumah pintar, utiliti, mengoptimumkan rangkaian Wi‑Fi dan 5G serta meningkatkan pencegahan penipuan dalam sektor kewangan.

image is not available

Pengambilalihan ini mengukuhkan kedudukan Accenture dalam analitik rangkaian, AI, dan perkhidmatan infrastruktur. Speedtest memproses 250 juta ujian pengguna setiap bulan dengan data rangkaian digunakan oleh syarikat telekomunikasi, badan kawal selia, wartawan, dan syarikat analitik.

Sementara itu Downdetector digunakan oleh bank, platform streaming, dan media sosial, dan penyedia komunikasi untuk mengesan gangguan dengan pantas.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved