Op Ambang Tahun Baharu: 84 individu ditahan, lebih 6,000 saman dikeluarkan

4 Jan 2024 • 8:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Sebanyak 84 individu ditahan dan 6,297 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dalam 137 operasi ambang tahun baharu di seluruh negara pada 31 Dis hingga 1 Jan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata daripada jumlah itu 52 individu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 24 ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 dan lapan lagi ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata daripada jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan tidak memaparkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi merekodkan paling tinggi dengan 1,788 saman selain kesalahan tidak memiliki lesen memandu sebanyak 1,422 saman.

“Operasi yang berakhir pada 5 pagi itu turut menyita 366 kenderaan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Operasi tersebut melibatkan 4,378 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved