Op BPT pantau penipuan bungkusan kampit beras hari ini - KPKM

16 Aug 2023 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mula melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan (Op BPT), yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas kilang padi komersial dan pemborong beras.

Dalam kenyataan hari ini KPKM berkata, operasi itu bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada.

"KPKM ingin mengingatkan pengilang, pemborong dan peruncit agar tidak sesekali melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI) dan dijual pada harga jualan runcit beras putih import (BPI)," menurut kenyataan itu.

KPKM berkata, pihaknya memandang serius video yang tular berkaitan dakwaan penipuan oleh pemborong beras tempatan yang membungkus semula kampit beras tempatan menjadi bungkusan kampit beras import yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan.

Kementerian itu berkata, penguatkuasaan undang-undang berkaitan padi dan beras dilaksanakan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang didapati melakukan kesalahan perihal kenyataan palsu mengenai gred beras di bawah Seksyen 21 Akta 522, dan individu yang terlibat boleh didenda sehingga RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh dikenakan denda hingga RM50,000 jika sabit kesalahan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved