

Mana-mana pemandu bas ekspres yang dikesan menurunkan penumpang di luar terminal akan dikenakan saman dengan serta-merta.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kedah, Stien Van Lutam berkata, setakat ini dua kesalahan telah dikesan menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dilancarkan mulai 24 Mac hingga 8 April ini.
“Anggota JPJ yang melakukan penyamaran mengesan pemandu bas ekspres berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Ipoh ke Sungai Petani telah bertindak menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan atau di luar terminal bas.

“Seorang lagi pemandu bas ekspres berusia 27 tahun turut dikesan melakukan kesalahan sama ketika dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan, selain memotong di garisan berkembar,” katanya.
JPJ terpaksa mengambil tindakan tegas kerana tindakan menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan bukan sahaja membahayakan penumpang, tetapi juga menjadi punca kemalangan dan kesesakan lalu lintas
