OP Khas Puspakom: 21 Kenderaan Disita

LocalCars
13 Jan 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebanyak 21 kenderaan disita melalui Op Khas Puspakom yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan pelbagai kesalahan termasuk insurans tamat tempoh.

Operasi khas itu dilaksanakan sejak 30 Disember lalu selepas 37 buah Puspakom di seluruh negara diperiksa.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, Op Khas Puspakom adalah salah satu elemen khas menerusi Operasi Khas Gempur Teknikal bagi tindakan penguatkuasaan dengan lebih tegas terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

“Pelaksanaan Op Khas Puspakom adalah untuk memastikan keselamatan kenderaan dan membendung kesalahan teknikal pada kenderaan perdagangan sebelum, semasa dan selepas melakukan pemeriksaan berkala atau awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya dalam satu kenyataan.

image is not availableimage is not available

Malah, JPJ turut mengakui pihaknya berjaya mengesan sebuah lori yang diluluskan Puspakom sedangkan keadaan fizikal kenderaan tersebut tidak mengikuti piawaian standard keselamatan kenderaan.

Katanya, tindakan sitaan terhadap kenderaan itu diambil di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelakkan berlakunya kesalahan berterusan.

“Berikutan daripada kes tersebut, JPJ telah mengadakan kerjasama startegik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes-kes yang melibatkan penyelewengan terhadap keputusan pemeriksaan kenderaan di Puspakom.

“Pihak JPJ juga akan mengadakan penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain,” jelasnya.