Op Lancar Mulai Hari Ini - 2 Januari 2025

LocalCars
23 Dec 2024 • 10:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ia bertujuan mengurangkan kesesakan melalui tindakan penyuraian di laluan utama, selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

image is not available

"JSPT mengambil maklum pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), lain-lain konsesi lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.

"PLUS dalam kenyataan pada 17 Disember lalu menjangka sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya dalam sehari, susulan pemberian tol percuma untuk semua kenderaan ringan bermula hari ini hingga esok, selain kesempatan cuti persekolahan hingga penghujung 2024," katanya.