Op Selamat 19: Tujuh kematian akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu lepas

21 Jan 2023 • 6:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam tempoh itu juga 852 kes kemalangan dilaporkan dengan 438 daripadanya membabitkan jalan bandaran

“Kereta merupakan kenderaan yang paling tinggi menyumbang kepada statistik kemalangan dengan 589 kes diikuti dengan motosikal 107 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata 430 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan di 32 lokasi black spot (kemalangan) dan 61 lokasi hot spot (kesesakan) di negeri itu sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya tumpuan pemantauan turut diberikan kepada dua pintu masuk utama negara iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, yang dijangka berlaku pertambahan kenderaan masuk ke Malaysia. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved