Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam

25 Apr 2023 • 4:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

“Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.

“Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu.

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved