OP Selamat 23: Polis Tumpu 6 Kesalahan

LocalPolitics
17 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat rakyat Malaysia.

Polis Diraja Malaysia akan mengadakan OP Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina 2025. Operasi ini akan dijalankan bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, pihaknya akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

image is not available

Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM ialah:

i. Memandu melebihi had laju,

ii. Memandu di lorong kecemasan,

iii. Memotong di garisan berkembar,

iv. Memotong barisan 'Q',

v. Tidak mematuhi lampu isyarat, dan

vi. Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi menjamin keselamatan bersama.