Op Selamat: 9,964 saman dikeluarkan di N. Sembilan

15 Feb 2024 • 3:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Sebanyak 9,964 saman trafik dikeluarkan sepanjang Op Selamat 21 di Negeri Sembilan bermula 8 hingga 13 Februari lepas, dengan kesalahan memandu melebihi had laju merupakan penyumbang tertinggi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ia diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memandu menggunakan telefon bimbit dan memotong garisan berkembar.

“Selain itu, 446 kes kemalangan jalan raya dengan tiga kes kemalangan maut dilaporkan. Kes kemalangan itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.7 peratus atau 131 kes berbanding Op Selamat 19 pada tahun lepas iaitu 577 kes.

“Kemalangan maut turut merekodkan penurunan sebanyak satu kes berbanding empat kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Sepanjang Op Selamat 21 itu, faktor terbabas dan langgar belakang kenderaan lain merupakan punca kepada kemalangan maut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai pengguna jalan raya mencatatkan angka korban tertinggi dengan tiga kematian dan angka itu menunjukkan penurunan sebanyak dua kematian berbanding Op Selamat 19. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved