Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 1:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azam Baki. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bank yang ditahan itu merupakan individu terbaharu.

Sehubungan penahanan itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman pada Sabtu.

"Sebelum ini, seramai 12 orang direman selama lima hari, namun tujuh daripada mereka akan dilepaskan hari ini.

"Lima lagi akan dimohon untuk disambung reman pada hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket pinjaman membabitkan golongan profesional pengurusan kewangan.

Sejumlah RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dijalankan dipercayai mempunyai unsur rasuah serta pengubahan wang haram.

Sindiket membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan itu terbongkar susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 buah lokasi termasuk rumah dan pejabat pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved