Op TBC 2026: 19 Lori Disita

LocalPolitics
16 Feb 2026 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah lori diperiksa dalam OP TBC larangan kenderaan berat yang dilaksanakan JPJ Negeri Sembilan. FOTO Ihsan JPJ.

Sebanyak 19 lori disita di Negeri Sembilan kerana melanggar larangan perjalanan kenderaan berat sempena Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) 2026.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata tempoh larangan hanya pada 14 dan 15 Februari lalu manakala selepas perayaan pada 21 hingga 22 Februari.

image is not available

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, penguatkuasaan larangan pemanduan kenderaan barangan bermula pada 14 & 15 Februari 2026, 21 & 22 Februari 2026.

"Sepanjang operasi yang dijalankan dalam tempoh dua hari larangan ini, pihak kami menyita 19 lori yang antaranya membawa buah sawit, susu getah dan gegelung besi di seluruh Negeri Sembilan.

"Alasan yang diberikan pemandu biasanya adalah tidak tahu dan terima arahan supaya meneruskan perjalanan daripada majikan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Hanif Yusabra berkata pihaknya sudah memaklumkan larangan kenderaan berat sejak dua minggu lalu, bukan sahaja menerusi media sosial, malah ketika sesi dialog bersemuka.