Op Tiris: KPDN Perak rampas 2,400 liter diesel subsidi

7 Jul 2023 • 3:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak merampas 2,400 liter dipercayai minyak diesel bersubsidi, pam penyedut minyak dan sebuah lori dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM87,960 di Taman Pengkalan Pertama di sini tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Perak Mohamed Aznanshah Khalid berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun menerusi Op Tiris di sebuah stor dalam kawasan penyelenggaraan bahan binaan tanpa nombor kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Hasil risikan mendapati modus operandi sindiket ini adalah membeli minyak diesel dengan harga subsidi melalui tangki asal lori tangki air secara berulang-ulang iaitu sekitar lapan hingga 10 kali dengan anggaran 2,000 liter sehari di beberapa stesen minyak sekitar Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sindiket turut cuba mengaburi pihak berkuasa menggunakan lori tangki air ini dan kemudiannya memindahkan minyak diesel tangki asal lori tersebut ke tangki simpanan lain dan dikumpulkan di kawasan stor tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved