Opai mengaku ‘multimillionaire’ & ada 3 supercar, yakin tiada wanita lebih kaya darinya

LocalEntertainment
17 Jan 2025 • 7:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Opai mengaku

Suami kepada selebriti, Fatin Afeefa iaitu Opai mengaku seorang multimilionaire dan mempunyai tiga buah supercar setakat ini.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang dalam video yang dikongsi TikTok The Average Malaysia.

@averagemalaysians

Would a Malaysian Millionaire date higher earning women? : @suraj_ruud #millionaire #datingup #salary #streetinterviews #malaysia

♬ suara asli - -

Opai mengaku seorang ‘multimillionaire’

Dalam posting tersebut, Opai memaklumkan tentang status kekayaannya dan menyatakan tiada wanita yang lebih kaya daripada apa yang dimiliki.

Perkara itu dinyatakan selepas disoal sama ada mahu tau pun tidak ‘keluar’ dengan wanita yang mempunyai pendapat lebih tinggi daripadanya.

image is not available

Opai mengaku ‘multimillionaire’, yakin susah jumpa wanita pendapatan 7 angka

Jelas Opai, dia tidak keberatan untuk keluar ‘dating’ dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi, namun yakin bahawa tiada perempuan yang lebih kaya daripadanya.

Tambahnya lagi, dia kini merupakan seorang multimilionaire dan mempunyai tiga buah supercar dirumah.

“Saya tak mungkin dapat jumpa wanita yang mempunyai pendapatan tujuh angka setahun.

Tapi kalau saya bergaji RM2,000 atau RM3,000 sebulan, mungkinlah saya dapat mana-mana wanita kerana saya tiada masalah berkenalan dengan mereka,” ujarnya.

Jarang kumpa orang kaya claim diri sendiri kaya

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila beranggapan bahawa kata-kata diucapkan ahli perniagaan tersebut seakan angkuh.

Ada juga yang merasakan kenyataan Opai sebagai ‘terlalu yakin’ kerana ada sahaja wanita yang lebih kaya daripadanya serta kebanyakkan orang berada ini tidak menceritakan tentang kekayaan mereka.

image is not available

Kenapa dia fikir macam tu? Ramai kot wanita kaya

image is not available

Kalau wanita kaya, jarang pandang lelaki macam ni

image is not available

Dia sarkastik je kot rasanya

image is not available

Walau bagaimanapun, boleh jadi apa yang diucapkan Opai hanyalah sarkastik memandangkan dia merupakan seseorang yang dikenali.

Apa-apa pun, semoga kata-kata adalah doa dan dipermudahkan segala urusan mencari rezeki.

Sumber: TikTok The Average Malaysia