Sebelum ini kami ada kongsikan jutawan muda yang juga suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai dikecam netizen selepas tular video memaparkan dia memperlekehkan kereta bukan supercar.
Bukan tu jer, Fatin Afeefa juga ada menyindir mengenai perkara yang dilakukan suaminya itu menerusi akaun media sosial dirinya.
Terbaru! Menerusi semakan kami di Instagram, Opai telah memadam semua gambar atau video berkaitan Fatin Afeefa termasuklah hantaran mengenai perkahwinan mereka telah menimbulkan tanda tanya netizen.

Opai hanya tinggalkan posting berkaitan pelaburan saham online yang dijalankan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya mereka masih saling ‘follow’ antara satu sama lain.
Semoga yang baik-baik saja ya buat pasangan itu.
Kredit: Instagram Opai

![Fatin Afeefa Buang Semua Gambar Bersama Suami Lepas Buat Video Sindiran? [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
