OpenAI Akan Meletakkan Tera Air Pada Kandungan Dijana ChatGPT dan Codex

Technology
6 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI pagi ini mengumumkan mereka akan mula meletakkan tera air (watermark) pada kandungan yang dijana oleh ChatGPT dan Codex di Kesatuan Eropah (EU) dalam masa beberapa minggu lalu. Ini dilakukan bagi memenuhi akta kecerdasan buatan (AI) EU yang mewajibkan kandungan teks yang dijana AI mempunyai tanda yang boleh dibaca komputer bagi menunjukkan ia dihasilkan oleh AI.

Image from: OpenAI Akan Meletakkan Tera Air Pada Kandungan Dijana ChatGPT dan Codex

Ciri ini sudah boleh digunakan di peringkat global hari ini dengan ia perlu diaktifkan secara manual. OpenAI akan menawarkan alat pengesan tera air ini kepada penyelidik dan organisasi pakar tertentu sahaja. Ia belum lagi diberikan secara terbuka kepada orang awam bagi mengelakkan isu keputusan palsu.

OpenAI mengatakan kewujudan tera air bukan kayu pengukur sumbangan manusia, tidak menentukan pemilikan teks, ia tidak akan mengenalpasti identiti pengguna yang menjana teks dan ia juga bukan pengesahan ketepatan kandungan yang dijana.

Dengan ini OpenAI mengikut langkah Anthropic memperkenalkan tera air awal tahun ini pada produk Claude. Google pula dengan meletakkan tera air SynthID sejak daripada awal untuk mengesan gambar dijana oleh AI dengan alat mengesannya diberikan percuma kepada semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved