OpenAI Bakal Melancarkan Pelayar Web Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan – Menyaingi Google Chrome

TechnologyDigital
10 Jul 2025 • 8:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI, syarikat disebalik ChatGPT kini dilaporkan akan memperkenalkan pelayar web dikuasakan kecerdasan buatan mereka dalam masa terdekat ini. Ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu.

image is not available

Melalui penawaran pelayar web, OpenAI akan menerima akses kepada data pengguna terus, dan menggunakannya dalam terus menambah-baik model kecerdasan buatan mereka. Pelayar web berkenaan juga dijangka akan mengubah bagaimana para pengguna melayari web bergerak ke hadapan, termasuk melaksanakan sejumlah tugasan pelayaran untuk pengguna melalui integrasi agen AI.

Pelayar web yang dibangunkan OpenAI ini dikatakan berasaskan kepada Chromium, enjin pelayar web sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google. Antara pelayar web yang menggunakan enjin berkenaan adalah termasuk Opera dan juga Microsoft Edge.

ChatGPT sedia mempunyai ratusan juta pengguna, dan sekiranya pelayar web ini menerima angka pengguna tinggi, ia sekaligus akan memposisikannya sebagai pesaing utama untuk Google, dan memberikan kesan kepada pihak Google sendiri.