OpenAI Dan AMD Umum Kerjasama Strategik – Memberi Ruang Kepada OpenAI Mendapatkan Sehingga 10% Pegangan Pada AMD

TechnologyBusiness & Finance
6 Oct 2025 • 7:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI dan AMD hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk 5 tahun, melibatkan penggunaan infrastruktur yang akan menguasakan penawaran OpenAI. Dibawah kerjasama ini, OpenAI akan mengguna-pakai 6 gigawat GPU AMD, dengan gigawatt pertama AMD Instinct MI450 GPU dijangka digunakan seawal pertengahan kedua 2026 kelak.

Ini juga dilihat selari dengan penggunaan tenaga perkomputeran tinggi yang diperlukan syarikat kecerdasan buatan, selari dengan perkembangan model kecerdasan buatan dan kapasiti penggunaan setiap hari yang semakin meningkat.

Dibawah kerjasama ini juga, AMD menawarkan 160 juta saham kepada OpenAI yang mencapai tempoh matang apabila mencapai setiap fasa penggunaan penawaran AMD. Ini secara tidak langsung memberikan ruangan untuk OpenAI mendapatkan pegangan sehingga 10% pada AMD.

Namun, perjanjian kerjasama penuh tidak dinyatakan, dan ia masih diikat dan bergantung kepada peningkatan nilai saham AMD. AMD sendiri dijangka menjana berpuluh bilion daripada kerjasama ini dari segi pendapatan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved