OpenAI Dilapor Akan Melabur Pada Syarikat Memfokuskan Antaramuka Otak-Komputer Oleh Sam Altman

TechnologyStartup
13 Aug 2025 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sam Altman, CEO kepada OpenAI kini dilaporkan ingin memulakan sebuah syarikat baharu dinamakan Merge Labs. Syarikat berkenaan akan memfokuskan kepada arena antaramuka otak-komputer (BCI), sekaligus bersaing dengan syarikat Elon Musk, Neuralink.

Beberapa syarikat sedia menceburi arena ini, dimana ia memfokuskan dalam menghubungkan otak manusia dengan komputer, sekaligus membuat beberapa perkara yang sukar, seperti membantu pesakit strok bercakap semula, pesakit lumpuh mengawal tablet, atau melakukan beberapa perkara dengan kawalan fikiran. Neuralink sendiri sebelum ini telah memperlihatkan kebolehan mereka yang menggunakan implan pada otak untuk menyunting video melalui kawalan minda, selain bermain catur dan lain-lain.

Arena ini masih pada fasa awal lagi buat masa ini. Sam Altman dikatakan sedang meraih dana untuk Merge Labs pada nilai syarikat $850 juta, dan pihak OpenAI dijangka akan melakukan melabur padanya.

Buat masa ini, pihak OpenAI masih mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved