OpenAI Dilaporkan Sedang Bangunkan Sejumlah Peranti Termasuk Kaca Mata Pintar

TechnologyDigital
20 Sep 2025 • 8:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sebelum ini sedia mengumumkan kerjasama dengan Jony Ive, disamping mengambil-alih syarikat milik beliau, IO. Kini, lanjutan daripadanya, hadir laporan mengatakan OpenAI dalam perancangan untuk membangunkan sejumlah produk dibawah mereka, dengan sasaran menawarkanya dalam masa sekitar setahun dua tahun lagi.

Antara produk yang diperkatakan adalah termasuk sebuah speaker pintar yang memberikan maklumbalas kepada pertanyaan pengguna – lebih kurang seperti penawaran Google, Amazon dan Apple. Disamping itu, Apple juga pertimbang untuk bangunkan sejumlah prudk lain, termasuk kaca mata pintar, sebuah pin yang boleh dipakai pada baju, serta sebuah perakam suara digital.

image is not available

Untuk tujuan ini juga, OpenAI dilaporkan telah mula mendapatkan sejumlah bakat dan pekerja, terutamanya daripada Apple, termasuk mendapatkan pembekal  dan rantaian bekalan yang lebih kurang sama seperti Apple.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan produk pertama yang akan diperkenalkan oleh OpenAI dibawah jenama IO yang diambil-alih mereka sebelum ini.