OpenAI, Google, Anthropic dan xAI Menerima Kontrak Jabatan Pertahanan Amerika

TechnologyDigital
15 Jul 2025 • 7:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI, Google, Anthropic dan xAI masing-masing dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan ketenteraan. Kontrak dilaporkan mencecah $200 juta setiap satu dengan antara yang disasarkan ialah penggunaan ejen AI oleh anggota tentera dan menangani cabaran keselamatan negara yang kritikal.

image is not available

Pengumuman hari ini ialah kesinambungan kepada kontrak yang diberikan kepada OpenAI bulan lalu. OpenAI for Government dilancarkan dengan ia sudahpun digunakan Makmal Penyelidikan Tentera Udara, NASA, NIH, dan Jabatan Perbendaharaan. Juga telah diumumkan oleh Anthropic ialah Claude Gov yang dibangunkan khusus untuk operasi kerajaan seperti perancangan strategik, sokongan operasi dan analisis risikan.

AI diharap akan dapat menggandakan kemampuan ketenteraan di lapangan dan memberikan kelebihan apabila berhadapan dengan musuh. Tahun lalu AI telah digunakan untuk mengenalpasti 85 sasaran untuk di bom di Iraq, Syria dan Yemen. Israel pula menggunakan AI The Gospel untuk mengebom lebih 200 lokasi musuh dalam konflik Israel-Palestin yang masih berlarutan ke hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved