OpenAI GPT‑5.6 Dilancarkan Dengan Ia Lebih Cekap Menggunakan Token

TechnologyDigital
10 Jul 2026 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI GPT‑5.6 Dilancarkan Dengan Ia Lebih Cekap Menggunakan Token

Seperti dijanjikan oleh Sam Altman dua hari lalu, OpenAI melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka GPT‑5.6 dengan ia direka khusus untuk menggunakan token dengan lebih cekap sekaligus mengurangkan kos penggunaan kepada pelanggan.

Image from: OpenAI GPT‑5.6 Dilancarkan Dengan Ia Lebih Cekap Menggunakan Token

GPT 5.6 ditawarkan dalam tiga model ialah Sol yang paling berkuasa, Terra dengan kemampuan pertengahan dan Luna yang mempunyai kemampuan rendah tetapi kos lebih mampu milik. Sam Altman mengatakan Sol misalnya 54% lebih cekap menggunakan token untuk tugasan pengaturcaraan berbanding versi terdahulu.

Selain itu Sol juga mempunyai kemampuan melakukan tugasan sekuriti terbaik pernah ditawarkan oleh OpenAI. Ia boleh melalukan simulasi serangan siber bagi mencari kelemahan serta kerentanan sistem, menghasilkan model serangan siber dan melakukan pemeriksaan serta tampalan sekuriti pada perisian.

OpenAI turut melancarkan ChatGPT Work hari ini dengan ia merupakn alat produktiviti untuk pasukan perusahaan yang membantu tugasan harian seperti menghasilkan draf dokumen, kertas kerja dan pembentangan.

GPT‑5.6 ialah usaha OpenAI untuk memberikan persaingan kepada Fable 5 oleh Anthropic dengan kemampuan yang setara tetapi dengan ia mengambil masa dan kos penggunaan lebih rendah untuk melengkapkan tugasan diberikan. GPT‑5.6 kini boleh diakses pelanggan menerusi aplikasi ChatGPT, Codex, dan API OpenAI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved