OpenAI hari ini telah mengumumkan pengenalan versi baharu kecerdasan buatan berbentuk generatif dari teks ke gambar, iaitu DALL-E 3. Melaluinya, pengguna boleh menulis beberapa arahan berasaskan teks, dan seterusnya ia akan menjana gambar.
Melalui versi terbaru, OpenAI menyatakan DALL-E 3 dapat memahami sesuatu konteks dengan lebih baik. Malah, pengguna turut boleh menggunakannya bersama ChatGPT – sekaligus memudahkan lagi proses kreatif dalam menjana gambar melalui input ChatGPT sendiri. Integrasi ini juga membuatkan pengguna tidak lagi perlu pening dengan “prompt”, sebaliknya boleh menggunakan ChatGPT untuk menjana gambar DALL-E.

Versi baharu juga menjana gambar yang lebih baik, dan menariknya berbeza dengan penjana gambar yang lain, DALL-E 3 turut boleh menjana teks dalam gambar dengan baik.
DALL-E 3 ini bakal ditawarkan kepada pengguna yang melanggan ChatGPT Plus seawal Oktober ini.
