OpenAI kehilangan John Schulman yang merupakan salah satu pengasas syarikat kepada pesaing mereka Anthropic. Perpindahan Schulman ini berlaku beberapa bulan selepas Ilya Sutskever yang juga pengasas syarikat merangkap ketua saintis meninggalkan OpenAI untuk menubuhkan Super Intelligence yang menyasarkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang lebih selamat.
Schulman sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua sains penjajaan di OpenAI yang memastikan AI yang dibangunkan berfungsi seperti yang dikehendaki. Beliau berterima kasih kepada pasukan di OpenAI dan berkata beliau berpindah ke Anthropic, yang diasaskan oleh bekas pekerja OpenAI bagi memberikan tumpuan lebih mendalam kepada sains penjajaan.
I shared the following note with my OpenAI colleagues today:
I've made the difficult decision to leave OpenAI. This choice stems from my desire to deepen my focus on AI alignment, and to start a new chapter of my career where I can return to hands-on technical work. I've decided…
Dengan ini hanya 3 daripada 11 pengasas OpenAI masih lagi bersama syarikat iaitu Sam Altman, Greg Brockman dan Wojciech Zaremba. Dalam perkembangan yang sama Brockman mengeluarkan kenyataan menerusi X beliau kini mengambil sabatikal sehingga penghujung tahun untuk berehat selepas 9 tahun bersama OpenAI.
I’m taking a sabbatical through end of year. First time to relax since co-founding OpenAI 9 years ago. The mission is far from complete; we still have a safe AGI to build.
Dua pengumuman mengejut yang berlaku dalam masa sehari menimbulkan persoalan mengenai isu dalaman OpenAI sejak Sam Altman dibuang daripada syarikat pada penghujung 2023. Beliau kembali sebagai CEO kerana didakwa tidak telus dengan lembaga pengarah dan isu keselamatan yang dibangkitkan oleh Sutskever.
Penghijrahan besar-besaran mula berlaku selepas Altman kembali dengan bekas kakitangan mengatakan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan negatif terhadap OpenAI sekiranya ingin mengekalkan pegangan saham yang diterima.



