
Pendapat popular dalam kalangan tenaga pengajar ialah ChatGPT memusnahkan dunia akademik. Kertas kerja boleh “ditulis” dalam masa lima minit oleh pelajar malas tanpa berfikir dan sudah wujud beberapa alat mengelat dalam peperiksaan dijana oleh kecerdasan buatan. Walaupun ChatGPT mempunyai imej buruk di mata guru, OpenAI telah melancarkan ChatGPT for Teachers khusus untuk kegunaan guru-guru,

ChatGPT for Teachers menyasarkan golongan guru yang mengajar di peringkat tadika hingga ke darjah 12 (K-12) di Amerika Syarikat. Ia akan ditawarkan secara percuma kepada lebih 400,000 tenaga pengajar K-12 di Amerika Syarikat sehingga Jun 2027.
Ia menawarkan ruang kerja untuk menghasilkan bahan pengajian dalam kelas, bekerjasama dengan rakan sekerja dan menyesuaikan diri menggunakan alat kecerdasan buatan (AI). Selain itu soalan ujian, dokumen pengajaran dan bahan yang telah dibangunkan oleh guru-guru lain turut boleh diakses menerusi ChatGPT for Teachers.


