OpenAI Menghalang Akses API Pembangun Robot Yang Menembak Menggunakan Arahan ChatGPT

TechnologyDigital
10 Jan 2025 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal minggu ini seorang pembangun berkongsi video sebuah robot yang dilengkapi raifal yang boleh dikawal menggunakan arahan suara ChatGPT. Dalam video sepanjang 88 saat yang tular di Reddit, robot boleh diberikan arahan untuk mengesan penceroboh dan mengambil tindakan yang dirasakan sesuai.

Robot kemudian melepaskan tembakan mengikut arahan yang diberikan dengan ChatGPT juga boleh didengari melakukan pilihan sudut tembatan sendiri. Selepas video tular, OpenAI telah menghalang akses API masa nyata ChatGPT kepada pembangun kerana mendapati ialah melanggar terma dan syarat penggunaan yang dipersetujui oleh setiap pengguna. Pada ketika ini ChatGPT tidak boleh digunakan untuk menghasilkan sistem yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

image is not available

Tindakan OpenAI ini boleh dilihat sebagai hipokrasi kerana Disember lalu mereka bersama dengan Palantir, Anduril, dab SpaceX menubuhkan konsortium untuk menerima kontrak pertahanan Amerika Syarikat. Tetapi ia juga mungkin dilakukan bagi mengelakkan berita negatif selepas ChatGPT digunakan oleh penyerang hotel yang meletupkan Cybertruck di Las Vegas awal tahun ini.

Kecerdasan buatan (AI) telahpun digunakan oleh Amerika Syarikat bagi mengenal pasti sasaran ketenteraan di Yemen. Sementara itu Israel pula menggunakan raifal di sempadan dengan AI bagi menembak warga Palestin yang dilihat boleh mendatangkan ancaman. Ukraine pula telah melatih AI menggunakan rakaman serangan dron sepanjang 280 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved