OpenAI Mengumumkan Aplikasi Desktop Untuk ChatGPT – Boleh Akses Pantas Ketika Melakukan Tugasan

TechnologyDigital
14 May 2024 • 7:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini telah mengumumkan model baharu mereka, GPT-4o, dan selari dengannya juga turut memperkenalkan aplikasi desktop untuk ChatGPT. Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi. 

Pihak OpenAI turut menyatakan akan memperluaskan penawaran aplikasi desktop mereka kepada pengguna percuma tidak lama lagi.

image is not available

Menariknya mengenai aplikasi OpenAI adalah pengguna boleh mengaktifkan ia melalui pintasan (Option + Space) pada komputer, dan bertanyakan sebarang persoalan dengan serta-merta ketika sedang melakukan sebarang tugasan. Anda turut boleh memilih untuk memuat-naik gambar dan merakamkan gambar skrin semasa menggunakan aplikasi desktop ini.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna menggunakan ChatGPT sebagai pembantu tugasan mereka pada komputer, tanpa perlu ke laman ChatGPT melalui pelayar web sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved