OpenAI Perkenal Model Bahasa Raya Baharu, GPT-4.5

TechnologyDigital
28 Feb 2025 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini mengemaskini model bahasa raya mereka kepada versi terbaru, dengan memperkenalkan GPT-4.5. Melaluinya, ia menawarkan kemaskini dan penambah-baikkan kepada model sebelum ini, termasuk dengan pengetahuan yang lebih terkini.

OpenAI sendiri memasarkan model ini sebagai model yang “paling berpengetahuan” setakat ini. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai kebolehan yang lebih baik berbanding sebelum ini, selain lebih selari dengan penggunaan harian dan tidak begitu robotik.

Model GPT-4.5 dijangka menjadi model terakhir yang mana OpenAI mengasingkan penjenamaan untuk model bahasa raya biasa dan juga model memfokuskan ciri penaakulan yang lebih baik untuk matematik, sains dan pengaturcaraan.

Model ini masih mempunyai masalah halusinasi atau memberikan jawapan yang salah atau tidak wujud. Namun, ia dikatakan lebih kurang berbanding GPT-4o sebelum ini. Model GPT-4.5 ini kini ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Pro terlebih dahulu, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna ChatGPT Plus secara berperingkat dalam minggu hadapan.

Bergerak kehadapan, OpenAI juga dijangka memperkenalkan model GPT-5 dalam masa beberapa bulan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved