OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia

TechnologyDigital
25 Dec 2024 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran ChatGPT serta pembangunan pelbagai produk berasaskan kepada kecerdasan buatan. Tidak setakat dari segi perisian, kini OpenAI turut dilaporkan sedang pertimbang untuk bangunkan robot berbentuk manusia mereka tersendiri – sekaligus membawa pembangunan dan integrasi kecerdasan buatan kepada robot.

Untuk makluman, sebelum ini, OpenAI sedia menghentikan pembangunan projek seumpamanya pada 2021 lepas. Namun, sejak daripadanya pelbagai perkembangan telah berlaku dalam arena ini.

Malah, OpenAI sendiri telah melabur dalam beberapa syarikat memfokuskan robot sebelum ini, termasuk pada Physical Intelligence dan juga Figure.

Ia tidak diketahui lagi berapa lama masa akan diambil untuk pembangunan robot ini sekiranya pihak OpenAI mengambil langkah dalam meneruskan sasaran baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved