OpenAI Sedang Bangunkan Pengesan Imej Yang Dijana AI Dengan Ketepatan 99%

TechnologyDigital
23 Oct 2023 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) generatif mula ditawarkan secara terbuka membenarkan sesiapa sahaja menjana imej yang selama ini tersimpan sahaja di dalam kepala kerana tiada bakat menulis. Kesan negatifnya ialah sesiapa sahaja juga boleh menghasilkan imej palsu yang kelihatan realistik. Dalam acara Tech Live yang dianjurkan oleh WSJ, CTO OpenAI Mira Murati mengatakan mereka sedang membangunkan pengesan imej dijana AI generatif dengan ketepatan 99%.

image is not available

Pada waktu ini ketepatan yang tinggi hanyalah pada imej yang dijana oleh DALL.E 3 yang dibangunkan oleh mereka. Pembangunan masih sedang dilalukan tetapi tarikh bila ia akan ditawarkan kepada orang ramai masih lagi belum diumumkan. Sebelum ini OpenAI turut menawarkan pengesan karangan yang dijana oleh ChatGPT tetapi menamatkannya kerana kadar pengesanan yang rendah.

Model yang digunakan AI generatif sentiasa berubah menyebabkan peralatan mengesannya juga perlu kerap dikemaskini untuk mengesannya. Inisiatif seperti C2PA meletakkan ikon Content Credentials pada gambar dengan data meta pada setiap imej yang dijana AI tetapi ia masih perlu dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved