OpenAI pagi ini menandatangani perjanjian untuk menggunakan kandungan di bawah syarikat penerbitan Condé Nast. Menerusi perjanjian ini, OpenAI akan memaparkan kandungan Conde Nast dalam aplikasi mereka seperti ChatGPT, dan Search GPT.

Nilai yang dibayar oleh OpenAI kepada Conde Nast tidak diumumkan tetapi pastinya besar kerana syarikat penerbitan ini memegang harta intelek seperti Vogue, The New Yorker, Condé Nast Traveler, GQ, Architectural Digest, Vanity Fair, Wired, Bon Appétit dan banyak lagi. Pihak OpenAI boleh menggunakan data Condé Nast sementara Condé Nast pula boleh menjana trafik kerana penerbitan mereka akan diberikan kepentingan dalam carian ChatGPT dan SearchGPT.
Dengan ini Condé Nast menyertai syarikat penerbitan lain seperti Associated Press, Axel Springer, The Atlantic, Dotdash Meredith, Financial Times, LeMonde, https://amanz.my/2024455611/, Prisa Media, TIME, dan Vox Media yang turut mempunyai perjanjian sama dengan OpenAI.
