OpenAI Umum Kerjasama Strategik Dengan Amazon

TechnologyBusiness & Finance
3 Nov 2025 • 11:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sedia mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak, dan terbaru hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Amazon Web Services. Kerjasama yang dimeterai bernilai $38 bilion untuk tujuh tahun akan datang.

image is not available

Dengan kerjasama ini juga, OpenAI akan menerima akses kepada perkhidmatan AWS yang terdiri daripada pelbagai GPU NVIDIA. Ia diumumkan OpenAI akan mengguna-pakai AWS serta-merta bermula hari ini dalam melatih model-model kecerdasan buatan mereka.

Dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, OpenAI sedia mengumumkan kerjasama dengan bukan sahaja NVIDIA, tetapi juga Oracle, selain turut menstruktur semula syarikat mereka, dan memberikan mereka lebih kebebasan dan tidak terikat kepada Microsoft seperti sebelumnya.

Untuk Amazon sendiri, perkara ini semestinya menguntungkan mereka. Selain kerjasama dengan OpenAI ini, Amazon juga turut merupakan pelabur pada Anthropic.