OpenSea Yang Terkenal Dengan Jual-Beli NFT, Membuang 50% Pekerja

TechnologyDigital
4 Nov 2023 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenSea merupakan salah laman jual-beli NFT yang popular di dunia. Ia mencatatkan nilai $13 bilion ketika kemuncaknya sekitar setahun dua lepas. Namun, kini dengan perubahan pasaran, OpenSea dilihat turut terjejas.

Terbaru, OpenSea mengumumkan telah mengurangkan 50% pekerja pada syariakt mereka. Ini hadir lanjutan daripada 20% pekerja yang telah dibuang sekitar setahun lepas.

image is not available

Lanjutan daripada mengurangkan tenaga kerja ini, OpenSea menyatakan mereka akan membangunkan OpenSea versi baharu – yang mana akan membawa kemaskini pada produk berkenaan, termasuk dari segi teknologi yang digunakan, kualiti, pengalaman dan sebagainya. Disamping itu, dengan tenaga kerja lebih sedikit, OpenSea akan mengambil bentuk organisasi mendatar untuk menjadikan pelbagai operasi dan keputusan lebih pantas – membolehkan mereka bergerak lebih pantas lagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved