OpenSys Perkenal PalmWav™, Sistem Pembayaran Imbas Tapak Tangan Tanpa Kad & Telefon

TechnologyBusiness & Finance
7 Jan 2026 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

OpenSys Technologies telah memperkenalkan PalmWavimage is not available, sebuah prototaip sistem pembayaran baharu yang menggunakan pengecaman tapak tangan sepenuhnya, sekali gus membolehkan pengguna melakukan transaksi tanpa memerlukan dompet, kad fizikal atau telefon pintar, memetik Technave.

Sistem inovatif itu dibangunkan selari dengan piawaian keselamatan moden, merangkumi ciri tokenisasi pembayaran, penyulitan hujung ke hujung serta pemantauan penipuan secara masa nyata bagi memastikan keselamatan data dan transaksi pengguna.

Advertisement

image is not available

Bagi pengguna yang berminat, pendaftaran profil tapak tangan boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih atau secara terus di lokasi perintis. Selepas proses pendaftaran selesai, pengguna hanya perlu mengimbas tapak tangan pada terminal khas untuk membuat pembayaran.

Menariknya, PalmWavimage is not available direka agar serasi dengan infrastruktur pembayaran sedia ada di Malaysia, termasuk MyDebit di bawah rangkaian PayNet, sekali gus memudahkan integrasi tanpa memerlukan perubahan besar kepada sistem pembayaran semasa.

image is not available

Dari segi teknologi, PalmWavimage is not available memanfaatkan kepakaran kecerdasan buatan (AI) daripada Tencent Cloud, yang menghasilkan “tandatangan tapak tangan” unik bagi setiap pengguna dalam bentuk templat sulit dan dilindungi.

Ketika ini, sistem tersebut telah diuji di beberapa lokasi perintis termasuk Kom.Fi Café di Kuala Lumpur dan Bread Maison di Petaling Jaya, bagi mempamerkan kelancaran proses pendaftaran serta kepantasan transaksi dalam situasi dunia sebenar.

Menurut OpenSys, PalmWavimage is not available turut boleh disepadukan dengan program kesetiaan dan ganjaran, sekali gus memberi nilai tambah kepada peniaga dan pengguna. Sistem ini juga direka untuk berskala besar dengan keupayaan menyokong jutaan pengguna pada masa hadapan, sejajar dengan perkembangan ekosistem pembayaran digital negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-06 13:58:37

Aplikasi Be My Eyes : Kini Anda Boleh Jadi 'Mata' Buat Individu OKU Penglihatan

The post OpenSys Perkenal PalmWav™, Sistem Pembayaran Imbas Tapak Tangan Tanpa Kad & Telefon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.