Opera Mengintegrasikan Spotify – Memudahkan Anda Dengar Lagu, Podsiar Dan Buku-Audio Sambil Melayari Web

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 9:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Opera sedia mengintegrasikan sejumlah ciri menarik pada pelayar web destkop mereka. Terbaru, hari ini Opera mengumumkan kerjasama dengan Spotify, dan mengintegrasikan pemain audio Spotify terus pada pelayar web desktop Opera.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh mendengar lagu, podsiar atau buku-audio dengan mudah terus daripada bahagian tepi pelayar web, sambil melayari web. Opera turut mengatakan pemain media Spotify bertindak pintar, dan akan berhenti secara automatik apabila anda memainkan video pada pelayar web, atau menyertai sesuatu panggilan video. Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi proses anda mendengar lagu dan melayari serta melakukan tugasan web – tanpa perlu mencari untuk menghentikan audio.

Di beberapa negara terpilih juga, pengguna Opera turut akan ditawarkan dengan akses percubaan Spotify Premium, sekiranya masih tidak melanggan Spotify.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan melihat ciri baharu yang disertakan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved