Opera Menguji Integrasi Ciri Penjanaan Imej Berasaskan Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
4 May 2024 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Opera merupakan salah satu pelayar web yang aktif dan bergerak pantas dalam memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baharu. Selepas memperkenalkan sokongan kecerdasan buatan yang dinamakan Aria, kini Opera turut bereksperimen dengan menambah sokongan penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan terus melalui pelayar web Opera.

Opera menyatakan ciri ini dikuasakan oleh model penjanaan imej oleh Google, iaitu Imagen2.

image is not available

Buat masa ini, sokongan penjanaan imej ini tersedia untuk pengguna Opera pada saluran pembangun. Untuk menjana sebarang imej, pengguna hanya perlu membuka Aria pada bahagian tepi pelayar web, dan seterusnya menekan butang ctrl + / atau cmd + / diikuti dengan penerangan imej yang ingin dijana.

Selain sokongan penjanaan imej, pengguna juga turut berkomunikasi melalui bahagian chat bersama Aria untuk terus melakukan beberapa perubahan pada gambar yang dijana.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi pembangunan terbaru Opera, dan menguji ciri ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna saluran stabil.