Opera One, pelayar web berseduh AI sedia dimuat turun tanpa pemalam tambahan

Technology
20 Jun 2023 • 6:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas berada dalam fasa beta buat beberapa ketika, Opera akhirnya menerbitkan pelayar web terbaharu mereka, Opera One, dalam versi penuh. Pada pelayar web ini, mereka ingin mengetengahkan ciri chatbot AI yang dibina terus ke dalam pelayar, tanpa perlu memasang sebarang pemalam dan ia adalah percuma.

image is not available

Berdasarkan penggunaan secara ringkas, didapati yang chatbot Opera One mengguna pakai kerangka GPT-2. Ia adalah versi yang agak berusia kerana GPT kini berada di versi 4 dan ia sekarang digunakan oleh enjin carian Bing milik Microsoft. ChatGPT pula menggunakan versi 3.5.

image is not available

Salah satu kelebihan GPT-3 berbanding GPT-2 adalah bilangan parameter yang ia kenali jauh lebih tinggi iaitu 175b berbanding 1.5b. Kemudian, GPT-3 lebih baik daripada segi pemahaman bahasa dan mampu menjana ayat dengan lebih koheren berdasarkan konteks.

image is not available

Apabila menjalankan ujian pendanda aras pelayar web, Opera One didapati mencatatkan skor lebih tinggi (191) berbanding Microsoft Edge (165). Sungguhpun begitu, pengalaman penggunaan dunia sebenar yang lebih baik tidak pula dirasai.

image is not available
Skor penanda aras pelayar web untuk Opera One

image is not available
Skor penanda aras pelayar web Microsoft Edge

Jika tidak mengira antara muka yang jauh berbeza, sebenarnya Opera One ini sama sahaja dengan Chrome dan Edge. Untuk pengetahuan anda, pelayar web Opera ini dibangunkan berasaskan enjin Chromium juga sama seperti Google Chrome, dan juga Microsoft Edge. Jadi semua pemalam yang ada di Chrome Store juga boleh digunakan pada enjin carian ini.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk mencuba pelayar web Opera One, anda boleh pergi ke laman rasmi mereka untuk memuat turun.