Operasi bersepadu MPS di Pasar Borong Selayang, empat gerai disita

14 Dec 2025 • 12:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang kecil serta kelancaran aktiviti perniagaan di Pasar Borong Selayang, pada 12 Disember lalu.

MPS menerusi satu kenyataan memaklumkan, empat gerai telah disita atas kesalahan meletakkan barangan perniagaan di kawasan awam, selain tindakan memecahkan halangan siar kaki terhadap lima premis yang menghalang laluan orang awam.

Menurutnya, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) MPS turut menjalankan pemeriksaan ke atas premis dan gerai terlibat, termasuk mengeluarkan Notis Pematuhan Syarat Lesen Perniagaan, Notis Penamatan Tempoh Sewaan serta sitaan permit.

“Pemeriksaan semula ke atas tiga unit gerai yang telah ditampal notis dan tali kuning mendapati premis berkenaan berada dalam keadaan tidak diceroboh,” menurut kenyataan itu.

MPS memaklumkan, antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah penggunaan kawasan awam tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan serta pengambilan pembantu bukan warganegara.

Operasi tersebut diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Muhammad Noor Salehuddin Kamis, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Selayang, selain penglibatan beberapa jabatan dalaman MPS.

“MPS akan meneruskan pemantauan secara berkala dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved