Operasi bersepadu selama 3 hari di Kudat

25 Sep 2023 • 12:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Seramai 1,030 individu, 86 kenderaan serta 85 rumah dan premis diperiksa penguatkuasa pelbagai agensi dalam operasi bersepadu pada Rabu, Khamis dan Jumaat lepas di sekitar daerah ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai lima pendatang tanpa izin (PTI) Filipina didapati telah menetap di negara ini tanpa dokumen sah dan ditahan serta diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kudat untuk tindakan lanjut.

Selain menggempur PTI melalui penempatan yang telah dikenalpasti didominasi oleh kumpulan ini, Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Kudat juga melaksanakan pemotongan penyambungan paip air secara haram di sebuah premis berdekatan Pekan Sikuati mengikut Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Dalam operasi itu juga, sebanyak enam keping saman trafik dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Komender Esscom, DCP Victor Sanjos berkata, operasi bersepadu tersebut selaras dengan hasrat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ demi memastikan jaminan keselamatan awam kekal utuh dan kesejahteraan penduduk setempat terus dipertingkatkan di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Menurut Victor, menerusi operasi bersepadu seumpama ini, tindakan penguatkuasaan bagi membanteras elemen jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dapat dipergiat.

“Selaras dengan kejayaan operasi ini, pihak Esscom ingin menzahirkan penghargaan kepada seramai 85 orang pegawai dan anggota yang menjayakan operasi kali ini serta semua Jabatan dan agensi yang terlibat. Antaranya adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat dan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am serta Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JIM, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Jabatan Kastam Diraja, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, JPJ, JANS, Pejabat Daerah, Lembaga Bandaran Kudat dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. Daerah Kudat.

Tambah beliau lagi, kejayaan operasi itu juga merupakan hasil perancangan inklusif dan usaha murni Kerajaan melalui Operasi SANGGAH ESSCOM untuk memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang ancaman pencerobohan anasir asing.

Katanya, Esscom komited untuk terus mempergiat operasi-operasi seumpama ini ke daerah-daerah di Esszone bagi mengekang elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di pantai Timur Sabah.

Justeru, masyarakat diseru untuk menjadi mata dan telinga Kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di Esszone ke Pusat Operasi Esscom di 089-863 181 atau Whatsapp di 011-63311072.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.