Operasi Besar-Besaran Khas Motosikal Selama Dua Bulan – JPJ

LocalCars
1 Nov 2024 • 12:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua bulan bermula hari ini 1 November hingga 31 Disember 2024 di seluruh negara terhadap penunggang dan pemilik motosikal.

Perkara ini adalah bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Pelaksanaan Ops Khas Motosikal ini adalah susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekod secara bulanan statistik kemalangan terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 atau 70 peratus.

image is not available

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sukuan ke–3 dan ke–4 tahun 2024, strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Bagi mencapai objektif keseluruhan operasi ke arah meminimumkan kadar kemalangan dan kematian, pihak JPJ akan memfokuskan kepada lapan kesalahan utama.

image is not available

Foto: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JPJ memohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang/ pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang & peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya.

Usaha ini juga adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM).

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia