Operasi KAHB ditamatkan selepas tidak berdaya maju: Sanusi

6 Apr 2024 • 6:01 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata operasi syarikat Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB), telah ditamatkan setelah didapati tidak berdaya maju.

Beliau berkata anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung.

“Saya sudah lama memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, penamatan operasi perlu dilakukan, walaupun sudah terlewat, ia perlu dilakukan juga.

“Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi, masih lagi ada aset, liabiliti serta hutang dan sebab itu ia tidak boleh ditutup,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi juga berkata syarikat tersebut menanggung beban hutang yang besar, sehingga tidak berupaya untuk 'melangkah'.

Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri tidak akan menyelamatkan syarikat tersebut, kerana ia bertentangan dengan polisi kerajaan negeri sedia ada.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 24 kakitangan KAHB tidak menerima bayaran gaji sejak tujuh hingga sembilan bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong baru-baru ini pula dilaporkan berkata KAHB telah memberi jaminan akan membayar gaji tertunggak kira-kira RM560,000 kepada 24 pekerja sebelum sambutan Aidilfitri ini. - 6 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved