Operasi Khas Aidilfitri 2025: JPJ Keluarkan 61,317 Notis

LocalPolitics
22 Apr 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 61,317 notis atas pelbagai kesalahan sempena Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan mulai 24 Mac hingga 8 April lalu.

Antara tiga kesalahan utama yang tertinggi adalah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843).

Selain itu, JPJ juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pemeriksaan ke atas kenderaan perkhidmatan awam seperti bas termasuklah melalui strategi penguatkuasaan secara penyamaran.

Sebanyak 1,294 notis telah dikeluarkan atas kesalahan melibatkan perkhidmatan perkhidmatan awam seperti bas, dengan 366 notis dikeluarkan melalui penguatkuasaan secara penyamaran bas.

image is not available

Sementara itu, berdasarkan data Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan Trafik, PDRM bagi tempoh 29 Mac sehingga 3 April 2025, sebanyak 9,859 kemalangan telah direkodkan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 85 kematian telah dicatatkan. Difahamkan, terdapat penurunan jumlah kematian berbanding tempoh yang sama pada musim Aidilfitri tahun 2024, yang mana rekod tahun lalu mencatatkan sebanyak 8,862 kemalangan dengan 119 kematian.