Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan

28 Jan 2025 • 12:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA TINGGI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil selipar di Jalan Kundang, Taman Kota Jaya di sini semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata operasi mencari Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif diteruskan sekitar pukul 8.30 pagi, selepas dihentikan pada 12 tengah malam tadi, kerana tiada petunjuk ditemukan.

Beliau berkata pasukan SAR terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) negeri serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pencarian hari ini meliputi kawasan radius dua kilometer dari Rumah Pam Taman Kemang, selain melakukan rondaan di sekitar Sungai Johor,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba mengambil seliparnya yang jatuh ke dalam longkang besar sebelum terjatuh dan dibawa arus air deras.

“Rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian telah bertindak menjerit meminta bantuan dan didengari orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,“ katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved