Operasi menembak gagak tangani masalah kacau ganggu di Cyberjaya

LocalEnvironment
29 Jun 2026 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Operasi menembak gagak tangani masalah kacau ganggu di Cyberjaya

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan Operasi Menembak Gagak (OMG) 2026 Siri 1 sebagai langkah proaktif bagi menangani masalah kacau ganggu burung gagak di kawasan pentadbirannya.

Operasi Sabtu lalu itu dikendalikan Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang dan dirasmikan Yang Dipertuanya, Dr Ani Ahmad.

Menurut MPSepang, pelaksanaan operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen pihak berkuasa tempatan itu dalam memperkukuh usaha kawalan gangguan awam.

Usaha itu turut memberi tumpuan kepada pengurangan populasi burung gagak yang dikenal pasti menimbulkan pelbagai gangguan di kawasan awam.

MPSepang berkata, pengurangan populasi burung gagak mampu memberi kesan positif terhadap kebersihan dan kesejahteraan kawasan pentadbiran.

"Menerusi pelaksanaan operasi ini, populasi burung gagak dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan impaknya terhadap kebersihan persekitaran, keselesaan penduduk, kesihatan awam serta imej sesuatu kawasan," menurut kenyataan menerusi Facebook.

Operasi berkenaan tertumpu di sekitar Cyberjaya bagi memastikan kawasan awam kekal bersih, selamat dan sejahtera.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved