
KUNAK: Suatu operasi selama tiga hari dilaksanakan untuk merobohkan struktur haram penempatan setinggan di perairan Kg Kunak Tiga, yang diduduki majoriti etnik Pala’u
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat berkata, operasi yang bermula Rabu itu turut disertai Majlis Daerah Kunak (MDKNK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan beberapa lagi agensi kerajaan.
“Ia dilakukan untuk membersihkan kawasan perairan pinggir laut di situ daripada koloni setinggan,” katanya.
Selain gergaji berantai, jengkaut dan traktor turut digunakan dalam kerja-kerja perobohan itu.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Anggota penguatkuasa dilihat meredah air laut hingga ke paras pinggang untuk sampai ke kawasan rumah setinggan itu, selain ada yang menggunakan perahu.
Dalam perkembangan sama, Ketua Kampung Kunak Tiga, Panglima Abdul Lahil Sarail berkata kawasan penempatan komuniti Pala’u atau Bajau Laut dan warga asing di situ merangkumi ratusan koloni setinggan yang diduduki sejak sekian lama.
Satu notis arah roboh, pindah dan mengosongkan kawasan setinggan itu dalam tempoh 30 hari dikeluarkan bersama oleh Majlis Daerah Kunak (MDKNK) dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada 27 Jun lepas kepada semua penghuni setinggan berkenaan kerana kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada syarikat Borneo Samudera Sdn Bhd.
“Ada kalangan komuniti Pala’u yang merobohkan sendiri rumah mereka dan menggunakan perahu terapung sebagai tempat tinggal mereka,” kata Abdul Lahil.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




