
KOTA MARUDU: Pasukan bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran di Pusat Pengumpulan Sampah Kampung Paka dekat sini yang terbakar sejak Sabtu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Deblie Mamoi berkata kebakaran itu merebak seluas lima ekar, operasi pemadaman memasuki hari keempat pada Rabu.
Pasukan menggunakan dua aliran 300 kaki, dua pancutan dari sumber air terbuka iaitu air longkang berdekatan dan selain membuat halangan bagi mengelak api daripada terus merebak.

