
Operasi Pembenihan Awan Di Tiga Negeri Bermula Esok - Ahmad Zahid
KUALA NERUS, 10 Feb (Bernama) -- Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Feb) ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan.
“Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya di peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penggulungan Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026, di sini, hari ini.
Sultan Selangor Tidak Berkenan Penternakan Babi Dijalankan Di Selangor
Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja
Ini Yang Akan Berlaku Bila Malaysia Jadi Negara Tua
Tiga Kampung Indonesia Masuk Malaysia, Pakar Kongsi Implikasi Terhadap Negara
“Nama Klasik Semakin Kurang,” Ini Trend Terkini Nama Anak Paling Popular Di Malaysia
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata lokasi yang terlibat dengan operasi pembenihan awan tersebut ialah Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap di Johor, masing-masing akan dilakukan pada esok, Khamis dan Ahad.
Pada Jumaat dan Sabtu pula, katanya, lokasi yang terlibat ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak.

